Visi dan Misi

Falsafah

Kepercayaan bahawa setiap ahli jamaah mampu membangunkan diri, jamaah, negara dan ummah melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan kefahaman yang berterusan berteraskan ketaqwaan kepada Allah SWT.


Matlamat Pendidikan ILHAM

Melahir dan membentuk ahli-ahli jamaah yang berilmu, beriman, berakhlak dan berjihad bagi memenuhi keperluan perjuangan Islam dalam mencapai cita-cita daulah rabbani.


Visi

Melahirkan ahli dan pemimpin PAS yang berilmu, beriman, berakhlak dan berjihad bagi memenuhi keperluan perjuangan Islam dalam mencapai cita-cita Daulah Islamiah.


Misi

  1. Menyajikan kepada ahli  PAS suatu program pengajian Islam secara formal sebagai persiapan menghadapi cabaran perjuangan Islam di Malaysia.
  2. Memupuk budaya ilmu dan semangat bekerja dalam kalangan ahli PAS.
  3. Meningkatkan kefahaman tentang gerakan Islam dan PAS serta mampu menafsirkan fenomena semasa.
  4. Melahirkan kader dan pemimpin pelapis PAS yang mantap dari sudut ilmu, sahsiah, disiplin dan menjadi teladan kepada masyarakat.