Moto dan logo

Moto

Moto ILHAM adalah "BERAKHLAK, BERILMU DAN BERJIHAD"

 

Logo

Keterangan Logo

Bentuk kalimah Allah

- Kalimah Allah yang terbentuk di tengah-tengah logo mewakili titik tolak operasi ILHAM adalah mencari keredhaan Allah

 

Kitab dua lembar

- Kitab dua lembar menggambarkan keseluruhan perjuangan ILHAM adalah berlandaskan dua sumber ilmu – al-Quran dan Sunnah. Kitab ini juga sekali gus mewakili semangat pencarian ilmu para pelajar ILHAM melalui kitab-kitab muktabar dan buku-buku semasa.

 

Kubah

- Bentuk kubah yang melingkungi keseluruhan elemen ILHAM ini adalah mewakili perhambaan seluruh warga ILHAM kepada Allah di mana semuanya bersujud hanya kepada Allah dalam mencari ilmu, membina ukhuwah dan berjihad.

 

Tangan menadah

- Simbol tangan yang sedang menadah adalah mewakili tanggungjawab seorang insan yang beriman untuk mempelajari dan melaksanakan segala perintah Allah dengan taat, sekali gus membimbing umat manusia kepada Allah SWT.

 

Bulatan

- Bulatan ini mewakili kedudukan Islam sebagai agama rahmatan lil alamin, agama yang syumul dan penerimaan Islam secara kaffah oleh seluruh warga Ilham. Bulatan ini juga mewakili Bulan Purnama, simbol PAS yang menaungi ILHAM.

 

Falsafah warno logo

  • Hijau

Melambangkan ketengan dan kesucian hati manusia yang beriman dalam menerima dan melaksanakan segala perintah Allah SWT bagi mencapai keredhaannya.

  • Kuning

Melambang ketinggian, kebesaran dan kedaulatan al-Quran dan Sunnah dalam memandu hidup manusia.

  • Merah

Melambangkan keberanian, kesungguhan dan kebulatan tekad warga ILHAM dalam berjihad untuk memperjuangkan tertegaknya hukum-hukum Allah SWT.